Sunday, September 18, 2011

nasihat tentang sahabat =)


Berikut ialah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat, tulisan seorang ulama' tersohor:
Seorang alim bernama Alqamah telah berwasiat kepada anaknya. Antara wasiatnya ialah:
"Apabila tercetus di hatimu berkawan dengan seseorang, pastikan jika engkau berkhidmat dengannya, dia boleh mengawal dirimu."
"Andainya kamu bersahabat dengannya dia boleh menghias dirimu, sekiranya pada suatu ketika kamu kekurangan belanja dia boleh berbelanja untuk kamu."
"Bersahabatlah sekiranya kamu hulur satu kebaikan lalu orang itu pun berbuat demikian, apabila melihat kebaikan daripadamu lantas dikutipnya dan dihimpun kerana menghargainya."
"Apabila melihat keburukanmu lantas ditutupnya, bersahabat rapatlah kamu kepada orang yang jika kamu meminta sesuatu (nasihat atau apa sahaja) lantas dia memberimu segera."
"Apabila kamu berdiam diri tidak meminta sesuatu darinya, dia menunjukkan rasa resah gelisah. Sekiranya bala menimpamu, dia merasa simpati dan bertimbang rasa."
"Bersahabatlah apabila kamu berkata sesuatu, dia mengiyakan sahaja. Sebarang perkara usaha sungguh-sungguh yang kamu hendak lakukan, dia segera memberi sokongan. Dia segera mengalah ketika berbalah denganmu."
Demikianlah wasiat Alqamah kepada anaknya mengenai sahabat yang sangat tinggi nilainya terutama bagi melaksanakan amal kebaikan dalam gerak kerja Islam.
Tingkat persaudaraan yang paling rendah ialah berlapang dada, manakala tingkat persaudaraan yang paling tinggi ialah 'ithar' iaitu mementingkan sahabat-sahabatnya lebih daripada dirinya sendiri.

Saturday, September 17, 2011

ciri-ciri wanita solehah ^_^


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya
2. Taat kepada suami


Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :

1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya

Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga

Faktor Yang Merendahkan Martabat Wanita

Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.


Faktor-faktor tersebut ialah:


1) Lupa mengingat Allah.

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:

" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:

"Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku 
sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.

2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.


Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: ertinya:

" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

3) Mudah terpedaya dengan syahwat.

4) Lemah iman.

5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.



Sesungguhnya dunia ini adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah wanita yang solehah.

Wednesday, September 7, 2011

Ingatlah, Maut Akan Menjemput Kita


Segala syukur dan puji-pujian kepada Allah Tuhan semesta alam. Tuhan yang berhak disembah, dipuji dan dicintai.
Kami berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan dan tipu daya syaitan. Dari segala dosa dan noda yang telah kami lakukan.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah semata-mata dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad adalah pesuruh Allah.
Selawat dan salam keatas baginda s.a.w. Sesungguhnya barang siapa yang diberikan oleh Allah petunjuk, maka tiada siapa yang dapat menyesatkannya dan barang siapa yang disesatkan oleh Allah, maka tiada siapa yang dapat memberikannya petunjuk.
Kehidupan dan kematian itu suatu lumrah hidup yang tidak mungkin dapat dipisahkan. Semua makhluk yang bernyawa baik manusia, haiwan, tumbuhan, jin, syaitan bahkan malaikat sekalipun pasti akan merasai mati.
Tiada makhluk yang kekal, hanya Allah s.w.t bersifat baqa'. Namun tidak siapa yang mengetahui bila saatnya ajal yang datang di muka pintu.
Hakikat kematian seringkali dilupakan oleh kebanyakan manusia disebabkan oleh nikmat dan kegembiraan hidup dunia yang fana ini. Hanya apabila maut menghampiri, barulah manusia akan sedar akan kebenaran yang sering dilupakan iaitu kematian.
Benarlah apa yang dikatakan oleh Saiyidina Ali r.a bahawa manusia ini semuanya dalam keadaan tidur, mereka akan sedar ketika malaikat maut datang mencabut nyawanya. Ramai diantara kita lupa akan janji Allah s.w.t dalam firmanNya :
"Setiap yang bernyawa akan merasai mati" (Al-Imran : 185)
Janji Allah itu pasti. Tidak pernah Dia lengah terhadap apa yang dijanjikanNya. Sekalipun janji Al-Malik itu benar, namun sedikit sekali yang mengingati dan menghayati peringatan tersebut.
Tidak kira siapa pun kita, tua atau muda, raja atau rakyat jelata, kecil atau besar tubuh kita, dan dimana kita berada, ajal akan datang memanggil apabila sampai saatnya. Firman Allah s.w.t:
"Di mana pun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu (apabila sampainya ajal) sekalipun kamu berada di dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh" (An-Nisa: 78)
Wahai saudaraku, maut tidak pernah melupakan kita walau sesaat. Maut tidak pernah jauh dari kita bahkan semakin dekat, dan mendekat dari hari ke hari. 
Sekalipun ia hampir dengan kita, tidak pula ia memberi amaran dan peringatan bahawa nyawa berada di hujung usia.
Tiada siapa yang akan tahu bila ajalnya tiba. Ada yang menemui ajal ketika sedang sujud kepada Allah, dan ada pula ketika sedang bermaksiat dan menderhakai Allah.
Kerana itulah kita perlu berjaga-jaga setiap masa. Hiasilah diri dan minda agar mudah ingat kepada kematian supaya kita tidak lupa destinasi utama yang ingin dituju kelak.
Pernah diceritakan di Mekah, terdapat seorang ulama' yang sentiasa menutup setiap percakapannya dengan kalimah "Allah".
Jika diberi salam kepadanya, beliau akan menjawab "waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh- Allah". Apa khabar?- Allah, Selamat Petang- Allah. Beliau menutup semua percakapannya dengan menyebut nama Allah s.w.t. Maha suci Allah, beliau berkata sedemikian kerana bimbang beliau mati tanpa menyebut nama Allah kerana beliau tidak tahu bila ajal akan menjemputnya. Begitulah mereka yang sentiasa berjaga-jaga terhadap kematian, tidak pernah lupa padanya.
Ingatlah wahai diriku dan semua saudaraku, dunia ini adalah fana. Jangan terlalu mengejar keduniaan hingga lupa kepada tempat kita kembali nanti.
Mungkin ketika ini kita merasa masih terlalu awal untuk memikirkan soal kematian, masih muda remaja dan masih belum puas berseronok di muka bumi ini. Saban hari usia kita semakin meningkat sebaliknya hayat semakin berkurang. Janji Allah itu benar sekalipun kita cuba untuk mendustakannya. Firman Allah s.w.t :
"Katakanlah (Wahai Muhammad), Sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, ia pasti akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah,yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan" (Al-Jumu'ah: 08)
Semoga taufik dan hidayah Allah s.w.t sentiasa bersama kita semua agar kita tidak lupa tabir kematian yang menanti setiap waktu. insyaAllah.

Sunday, September 4, 2011

raya dtg lagi !

berlalu lah sudah ramadhan, sebulan berpuasa ~
tiba syawal kita rayakan, dengan rasa gembira...~

erkk, ternyanyi pulak. hohoh. exited jap da raya. huhu. kejap je masa berlalu. rase cam baru je start pose tetibe da raye. tetibe je da seminggu da raye. hoh, bole ? haha. da seminggu raye baru nk cite kan. haha. tp ok lah 2. still dalam mood raya lagi. heeee ~ cam bese lah kan, aku kalo raya mesti balik to my lovely hometown, MUAR ! wah gitu. haha. maklumla, orang jarang2 balik kampung. tu yang cam over sket ! hahah. by the way, best woo raye kat kampung. raye sakan ! yang penting, dapat wit raye !! wah, over uollss ! =P tu la untung jadi org comel. lalalalalala ~ XD nak wat cne, tiap kali g raye mesti org tanye " sekolah lagi ke ? ". haih, comel sgt ke aku nih ?? hahaha. tapi papepun, time kasih la bebanyak kepada yang masih sudi nk bagi wit raye tuh. huhu. hurrmm, xlupa gak tem2 raye ceni of course la nk berposing2. huhu. nih, aku pastekan pose2 over kami sekeluarga. hoho ^_^

   
   my lovely mama n ayah ! sweet kn3x. =D

jejaka-jejaka idaman. sory, not available. heee ^^"
mari kite bermaaf-maafan ^_^
my dear niece and nephew. so sweeett ~ 
cam mak sedare die. hoho ^_^ !
p/s : selamat ari raya, mahap zahir batin ! ^_^

Saturday, September 3, 2011

updated blog !

salam hari raya ! heeee ~ blom telambat rasenye kalo nak wish ari raya kan ? hehe. so, dikesempatan ni jari 10 disusun mohon ampun dan maaf kat kengkawan sumer ngan ucapan selamat ari raya, maaf zahir batin ! ^_^
sebenarnye nak cite yang blog ni baru je diupdate. huhu. besnye bile tgk blog ni da cantik. erk.. cantik ke ?? hoho. pnt gak la memodified blog yang xbpe nak lawa nih. huhu. haih, rosak lak bahase aku kejekan. haha. actually, bukan terer sangat pon psl blog ni, tapi explore punye explore, tukar punye tukar maka terhasil lah blog yang berwajah baru. heeeee ~ cam la cantik sgt kn. haha. 1 je yg aku xreti2 lagi nak wat. cane eh nak tukar alamat URL ? anyone can help me ?? huhu. tapi xpe lah. so far ni je yang dapat aku hasilkan. next time cube yang lain plak. hehe. so, terimalah, the updated blog ! hahaha. 

note : time kasih kat sumber2 yang berkenaan ! heeee ~ =D