Monday, August 27, 2012

cemburu ku lihat mereka

Salam lebaran :) yeah, Ramadhan dah berlalu, Syawal pula tiba. moga2 Iman masih teguh seperti di bulan Ramadhan yg lalu dan dijaga Iman itu hingga Ramadhan akan datang. harap dipanjangkan jodoh ^_^

Allah Allah~ bercerita mengenai cemburu. sungguh, hana cemburu lihat mereka. mereka yang digelar muslimah sejati. Subahanallah, akhlak mereka yang indah, perlakuan mereka yang dijaga, kata-kata mereka yang disusun. Allah, semuanya serba lengkap untuk digelar Muslimah Solehah. sejuk mata memandang mereka. sejuk hati membaca kisah mereka. terasa si cemburu meresap jiwa T_T

Allahuakbar~ setiap kali terlihat mereka, terpaku mata. terpaku hati. memerhati dan meneladani setiap langkah dan tindak tanduk mereka. setiap kali terbaca kisah mereka, tersentuh jiwa. betapa ikhlas mereka menjadi hamba. segala-galanya dilakukan hanya kerana ALLAH. Hati dan Jiwa diserahkan hanya pada yang SATU. Maha Suci Allah :')

Subahanallah~ tidak sesaat pun mereka lupa pada Allah. tidak sedetik pun mereka alpa tentang tanggungjawab mereka pada Allah. setiap apa yang mereka lakukan semua dibalikkan pada Allah. Allah yang menjadi kekuatan mereka. Allah yang menjadi penenang hati mereka. Allah lah yang menjadi tempat mengadu. Allah segala-galanya bagi mereka. merekalah Muslimah Solehah :)

Allahurobbi~ Muslimah Solehah, teguh iman mereka melawan kehendak nafsu. teguh jiwa mereka menentang desakan hati. teguh hati mereka menjaga daripada musnahnya akal. tidak sedikit pun godaan dunia mampu menjatuhkan mereka. tidak sedikit pun ujian mampu melemahkan mereka. kerana adanya Allah di hati mereka.

Allah ya Rahman~ di saat wanita lain ditenggelami kemodenan dunia yang merosakkan, Muslimah Solehah tetap tawadhuk dengan kecintaan Akhirat. di saat wanita lain dilalaikan dengan fesyen yang menyesatkan, mereka Muslimah Solehah, tetap pertahankan pakaian redhaNya. walau besar, walau tebal, walau labuh, tapi semua dirasakan begitu mudah. begitu indah. kuat mereka katakan 'yang tertutup itu indah :)' di saat wanita lain dipermainkan dengan cinta si lelaki yang belum tentu ada sang ikhlas, mereka tetap dengan cinta mereka yang SATU. tetap menjadikan Allah sebagai kekasih teragung. cinta yang Sejati. Muslimah Solehah tidak dipandang dan juga memandang (Saidina Aisyah). tidak sedikit pun mereka membuka ruang hati mereka untuk cinta si manusia melainkan dengan izin Allah. cinta mereka pada Allah tiada berbelah bahagi.

Allah ya Rahim~ bibir yang sentiasa dibasahi dengan zikir. hati yang sentiasa mengagungkan kebesaran Allah. itulah pengisi masa lapang bagi Muslimah Solehah. biar kisah artis sepanas goreng pisang. walau alkisah rumahtangga cik kiah sehangat kopi o, bukan itu yang dipilih Muslimah Solehah untuk dijadikan bahan bualan di bawah pokok mangga. kata-katanya sentiasa dijaga. hatinya sentiasa bersifat husnuzon :)

Allahu Allah~ benar, istimewa si Muslimah Solehah. mahal di mata Allah. mahal di mata manusia. itu pegangan mereka. sujudnya mereka kerana cintakan Allah. tunduknya wajah mereka menghiasi peribadi. labuhnya pakaian mereka mengindahkan akhlak. tinggi nilai mereka di mata Allah. sehingga dicemburui bidadari Syurga. istimewa mereka di mata manusia. sehingga diimpikan lelaki soleh. diri mereka dikagumi. peribadi mereka dicontohi. akhlak mereka dipuji. sungguh, hana cemburu lihat mereka :') bukan kata pujian mahupun sanjungan yang kuharapkan. tapi, akhlak itu yang kuimpikan. kemanisan iman itu yang kudambakan T_T

Astaghfirullah~ terasa kerdil diri ini jika dibandingkan dengan mereka. terasa kecil diri ini di mata Allah. terasa hina diri ini di sisi Allah. terlalu jauh rasanya diri ini dengan Allah. melihatkan amalan-amalan mereka, belum cukup rasanya amalku untuk layak digelar sedemikian. Allah Allah T_T kuatkan Imanku. teguhkan hatiku. tajamkan akalku. untukku tegar mengejar gelaran Muslimah Solehah. KAU kekuatanku ya Allah. kuserahkan diri ini sepenuhnya padaMu Allah. indah perjalanan yang DIA ciptakan. indahnya Hidayah Allah. hanya Allah di Hati :')

# sahabat yang hana sayangi, indahnya seorang Muslimah Solehah. mari sama-sama kita usaha kejar dan pegang gelaran tu. hana mohon doa sahabat-sahabat untuk hana. doakan hana mampu bergelar Muslimah Solehah. semoga Allah merahmati sahabat sekalian. Amin :')