Sunday, June 16, 2013

Cinta A versus Cinta M

11.52 am…

“Salam enti.. ana ganggu ke? Ana nak tanya soalan boleh??


1.16 pm..

“Enti nak tanya apa td?”


“pernah tak enti mngalami situasi dimana enti SANGAT disayangi oleh seseorang… ana bagi nama A.. Segala kebahagiaan adalah datang dr A.. Namun enti tak dapat menyayangi A sepenuhnya.. cuba.. tapi masih tak dapat.sedangkan enti tahu yg A sntiasa menanti enti, memerhatikan enti dan enti pula terlalu menyayangi M.. Enti memuji, meluahkan cinta tentang M tanpa enti sedari yang A sedang mendengar tiap butir bicara itu.. setiap hari, A memanggil enti, rindu kepada enti, tp enti masih tak dapat nak merasa rindu kepada A sperti enti merindui M.. Sedangkan A boleh melakukan sesuatu yang membuatkan enti rindu padanya, tp A tak lakukan itu.. A hanya biarkan enti terus mencintai M dan A terus membahagiakan enti walau enti jarang berkorban untuk A..”

“tapi.. enti tahu yg enti perlu mencintai A kerana selama ini enti hidup di atas belas ihsan A.. kadang2 enti terpikir, apakah A akan terus ada untuk enti? Atau akan pergi suatu hari nanti.. tp enti tak mampu, tak dapat nak merasai manisnya bercinta dgn A.. sedangkan kalau dgn M ataupun terfikirkan M, sampai boleh menitis air mata.. tp jarang enti menangis andai itu berkaitan dgn A. enti jadi keliru dgn hati sendiri.. kalau boleh, enti mahu supaya dihilangkan semua kasih dan cinta pada M, agar dpt mencintai A, walaupun sedikit..enti ingin merindui A seperti mana enti rindukan M dulu.. tapi enti tak mampu.. sedangkan A akan terus menunggu.. Kadang2 enti lakukan sesuatu untuk A, tapi hati enti tetap teringatkan M.. Sedangkan A tahu semua tu.. pernahkan enti rasa begitu?”


“x pernah…..”


Tak pernah? Itu yg berlaku pada ana dan akhirnya A dapat menjadikan ana cinta padanya.. dan ana asyik teringatkan A dan ia sangat berbeza tatkala ana memikirkan M dulu.. A SEDANG MEMANGGIL ANA DAN RINDU PADA ANA.. ANA PERGI JUMPA A DULU.. NANTI KITA SAMBUNG…


“ Ya Allah… sematkan kasih dan sayang manusia ke atas aku… namun, untukku, aku minta dengan rendah hatinya agar disematkan cinta kepadaMU walaupun sedikit..” “doa yang sama untuk beberapa tahun, tapi hanya cinta manusia yang datang.. tapi.. kita perlu bersabar.. jangan mendesak…


setiap kali aku terkenangkan manusia dengan pantas aku menepis perasaan itu, bukan tidak suka tetapi mengapa jarang sekali aku merasa cinta pd YANG MENCIPTAKAN.. Ya.. pedihnya,…


“Ya Allah.. terasa diri sungguh hina mengapa terlalu sukar untuk aku menghadirkan rasa cinta dan rindu pada DIRIMU seperti mana aku menangis sayangkan manusia.. kenapa KAU titipkan sayangku pada hamba-hambaMU.. sedangkan KAU mampu tuk hadirkan rasa yang sama malah lebih lagi kepada DIRIMU.. Apakah, aku tidak layak untuk CINTA dan RINDU PADAMU? Aku rela,, KAU ambil segala cintaku pada manusia-manusia ini dan gantikan dgn sekelumit kasih padaMU.. Aku tahu Ya Allah.. Kau mendengar rintihanku…


“Hadirkan perasaan sedih.. bukan sedih yang dibuat-buat. Tapi sedih apabila mengenangkan yang Allah tahu taraf cinta kita padaNYA.. Selepas ini, kita akan merasa malu untuk memikirkan M= manusia.. Sebelum A yang memanggil kita pergi dahulu padaNya.. dulu ana tertunggu-tunggu masej dari M, tp sekarang ana tau hanya A yang setia menghubungi kita.. walau kadang2 kita tak balas pun masej rindu dari A.. Dia tetap memanggil kita.. kita rasa sakit bila, masej orang yang kita sayang, dia tak balas.. tapi kita tak pernah kan fikir perasaan A? sedangkan hakikatnya kita yang perlukan DIA…”


InsyaALLAH.. sentiasa putarkan pertanyaan ini dalam minda kita.. DEMI ALLAH.. , ana yakin selepas ini kita takkan sesak nafas kerana memikirkan M, tapi sesak nafas kerana rindu kepada A… Ana dikejut oleh A.. setiap hari tepat pukul 4.26 pagi.. betapa DIA rindukan ana hingga dipagi hari tatkala M yang ana cinta itu sedang tido.. A yang terus setia.. kadang-kadang ana tak pedulikan masej A tu.. dan ana tidur balik.. tp A kejut lagi ana pukul 5.. dua tiga kali.. akhirnya ana terfikirkan semua persoalan ini… YA ALLAH.. butanya mata hati selama ini.. tak tahu mana yang perlu disayangi..


Kadang-kadang untuk mendapat cinta manusia kita terabaikan cinta PADANYA.. Tapi kalau sudah mendapatkan CINTA ALLAH.. Cinta manusia takkan berkurang pun percayalah.. =)
Setiap kali melafazkan sayang pada manusia.. tak kiralah siapa pun mereka.. dengan rela hati suruh diri berkata “AKU LEBIH SAYANGKAN ALLAH DARI KAMU SEMUA.”


Katakan pada hati aku CINTA ILLAHI! ♥


Alhamdulillah… Syukran ya ukhti…..




Saturday, February 9, 2013

Bila Muslimah Jatuh Cinta

Hana bukanlah dokter cinta. Hana tak reti bicara tentang cinta. Hana takut untuk bercerita soal cinta. Tapi, inilah hakikatnya.

MUSLIMAH JATUH CINTA ?

Tiada yang aneh kerana mereka juga adalah manusia. Bukankah cinta adalah fitrah manusia ? Tak bolehkah muslimah jatuh cinta ? Mereka juga punya hati dan rasa.

Tapi tahukah kalian betapa berbezanya saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya ? Tiada senyum bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada buncah suka dan gembira di dada.

Namun yang berlaku adalah sebaliknya !

Ketika muslimah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat atas sebuah hijab yang tersingkap.

Ketika lelaki yang tidak halal baginya mula bergelayut dalam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta sebenar-benarnya tidak suci lagi.

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang perit atas sebuah rasa yang tak sepatutnya.

Tiada senyum bahagia, tiada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cintaNya yang ternoda. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika muslimah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut.

Tiada kata-kata cinta dan rayuan, yang ada hanyalah kekhuatiran yang amat sangat akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh.

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu walaubagaimanapun caranya. Bahkan jikalau dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan.

Alangkah kasihannya jika muslimah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan !

Namun ukhti, bersabarlah. Ini ujian dari Rabbmu. BerMujahadahlah !

Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap.

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya.

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Jangan khuatir kau akan kehilangan cintanya kerana bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya maka tak akan pernah kalian bersatu. Kun Fayakun.

Hakikatnya, bukanlah indah bagi seorang muslimah tatkala hatinya terusik dengan permainan cinta. Tiada kata kebanggaan. Tiada gelak tawa kegembiraan. Tiada lompatan kegirangan. Tiada jeritan keterujaan. Tiada tiada. Yang ada cumalah ketakutan. kerisauan. Bimbang dirinya akan hanyut dengan perasaan sendiri. Khuatir dirinya akan jauh dari redha Allah. Bahkan gusar dirinya menjadi fitnah bagi lelaki. Gelisah, tak sanggup dirinya menjadi punca yang membawa lelaki hanyut bersama permainan cinta. Allahurobbi. :'(

Ukhti, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik saja. Yakinlah dengan janji Allah. :) 

Mengambil petikan kata-kata seorang sahabat. *pinjam ye ;)* 
"Biarkan cinta itu yang bertasbih, bukan kita yang bertasbihkan cinta."

Bila tiba saatnya. Bila tiba minitnya. Bila tiba jamnya. Akan bertasbihlah cinta itu. Jika benar cinta itu datang daripada Allah, maka yang berhak menerima cinta itu kembali adalah Allah jua. Cinta adalah anugerah Allah. Cintailah Dia, Pemberi cinta itu. ^_^




Di saat diriku jatuh cinta, tidak sesekali ku kutip cinta itu untuk diserahkan pada kamu.
Tapi, akan ku kutip cinta itu untuk diserahkan pada Allah kembali.
Kerana, Allah yang menganugerahkan rasa itu.
Jadi, Dia lah yang paling berhak untuk memiliki cinta itu. 

*Sungguh, kata-kata ini untuk Hana dulu. Dan sahabat-sahabat pula. :)*

Sunday, December 2, 2012

Hikmah Ukhuwah :')

"macam mana boleh rapat ?"

kadang-kadang di antara kita sendiri tertanya-tanya macam mana kita boleh rapat kan ? tidak kurang ada juga yang kagum dengan ukhuwah kita. pelik mereka dengan keakraban kita. tertanya mereka macam mana kita boleh bersahabat baik. Allahuakbar. itulah dia storyline yang Allah cipta. smooth and neat ;)

kita terus bersahabat baik tanpa mengetahui kenapa KITA yang ditemukan satu sama lain. yang kita tahu, ye, ukhuwah itu satu anugerah. dan, sahabat akan menjadi pelengkap kepada sahabatnya. jika seorang sedih, ada yang menggembirakan. tika seorang lagi lemah, ada yang menguatkan. Subahanallah. betul semua tu :)

bila kita kenang-kenang kembali perjalanan hidup sejak kita mula mengenali, Allah mentakdirkan jalan cerita kita yang hampir sama. siapa kita di masa lalu. latar belakang keluarga kita. perjalanan kita mencari 'cahaya'. penghijrahan kita kepada yang lebih baik. orang-orang yang berada di sekeliling kita. semua tu hampir sama. Allahurobbi :') tapi, semua tu masih belum cukup untuk diriku mengerti hikmah di sebalik persamaan itu T_T

hingga satu masa takdir Allah menjauhkan kita antara satu sama lain. walau jarak itu hanya sekejap masanya. tapi, kerana jarak itu, Allah mengizinkan diri ini untuk betul-betul mengerti hikmah di sebalik ukhuwah kita. Alhamdulillah :)

dalam perpisahan yang hanya sekejap itu, Allah nak menguji diri ini dengan kesedihan. saat kita jauh, tiada bahu untuk ku pinjam, melepaskan rasa. tiada tangan lembut yang bantu menyapu air mata. tiada suara ceria yang memberi semangat. tapi ada Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Memahami. itu yang menjadi penguat diriku. Allah Allah :')

Alhamdulillah, berkat redha dan doa, diri ini kuat untuk terus tersenyum dan ketawa demi menceriakan orang sekeliling. demi melihat dia bahagia :)

ketika bersua kembali, diriku mencari kekuatan untuk menyembunyikan sang sedih. ku sambut dirimu dengan senyuman. kau sambut diriku dengan pelukan. seperti biasa :') tapi kali ini lain rasanya. pelukanmu itu berbeza kali ini. erat dan lama. ok, ku tahu dirimu sedang bersedih. sebak hati saat terdengar tangisan kecilmu. terasa bahuku berguna buatmu sahabat ;) erat ku peluk sambil menunggu untuk dirimu bersuara, untuk mengetahui punca kesedihan. saat dirimu bersuara, air mata ku laju mengalir. kenapa ? kerana kamu sedang bersedih sahabat :'( dan kerana kita sama. Allahurobbi :(

tertanya di hati. kenapa kenapa dan kenapa sama ? kenapa kita sama-sama sedih ? Subahanallah. baru ku faham, Allah kurniakan kita perasaan yang sama di waktu yang sama untuk kita saling mengerti. betul-betul mengerti apa yang sahabat sedang rasakan. Allahuakbar T_T itulah dia hikmah ukhuwah kita. perjalanan yang hampir sama. jalan cerita yang hampir sama. cuma kisah yang berbeza. itulah tujuan Allah meletakkan kita bersama-sama. untuk saling memahami dan mengerti. Alhamdulillah :')

tapi, ingatlah wahai sahabat. kesedihan itu takkan lama. selepas kesedihan akan ada kebahagiaan. In Shaa Allah. tersenyumlah. jangan sedih-sedih. Allah kan ada ^_^

Mereka yang tinggi darjatnya itu, semakin besar dugaan Allah ke atasnya, semakin tebal pula baik sangkanya kepada Allah.. 
~Ustaz Zahazan Mohamed~


Monday, August 27, 2012

cemburu ku lihat mereka

Salam lebaran :) yeah, Ramadhan dah berlalu, Syawal pula tiba. moga2 Iman masih teguh seperti di bulan Ramadhan yg lalu dan dijaga Iman itu hingga Ramadhan akan datang. harap dipanjangkan jodoh ^_^

Allah Allah~ bercerita mengenai cemburu. sungguh, hana cemburu lihat mereka. mereka yang digelar muslimah sejati. Subahanallah, akhlak mereka yang indah, perlakuan mereka yang dijaga, kata-kata mereka yang disusun. Allah, semuanya serba lengkap untuk digelar Muslimah Solehah. sejuk mata memandang mereka. sejuk hati membaca kisah mereka. terasa si cemburu meresap jiwa T_T

Allahuakbar~ setiap kali terlihat mereka, terpaku mata. terpaku hati. memerhati dan meneladani setiap langkah dan tindak tanduk mereka. setiap kali terbaca kisah mereka, tersentuh jiwa. betapa ikhlas mereka menjadi hamba. segala-galanya dilakukan hanya kerana ALLAH. Hati dan Jiwa diserahkan hanya pada yang SATU. Maha Suci Allah :')

Subahanallah~ tidak sesaat pun mereka lupa pada Allah. tidak sedetik pun mereka alpa tentang tanggungjawab mereka pada Allah. setiap apa yang mereka lakukan semua dibalikkan pada Allah. Allah yang menjadi kekuatan mereka. Allah yang menjadi penenang hati mereka. Allah lah yang menjadi tempat mengadu. Allah segala-galanya bagi mereka. merekalah Muslimah Solehah :)

Allahurobbi~ Muslimah Solehah, teguh iman mereka melawan kehendak nafsu. teguh jiwa mereka menentang desakan hati. teguh hati mereka menjaga daripada musnahnya akal. tidak sedikit pun godaan dunia mampu menjatuhkan mereka. tidak sedikit pun ujian mampu melemahkan mereka. kerana adanya Allah di hati mereka.

Allah ya Rahman~ di saat wanita lain ditenggelami kemodenan dunia yang merosakkan, Muslimah Solehah tetap tawadhuk dengan kecintaan Akhirat. di saat wanita lain dilalaikan dengan fesyen yang menyesatkan, mereka Muslimah Solehah, tetap pertahankan pakaian redhaNya. walau besar, walau tebal, walau labuh, tapi semua dirasakan begitu mudah. begitu indah. kuat mereka katakan 'yang tertutup itu indah :)' di saat wanita lain dipermainkan dengan cinta si lelaki yang belum tentu ada sang ikhlas, mereka tetap dengan cinta mereka yang SATU. tetap menjadikan Allah sebagai kekasih teragung. cinta yang Sejati. Muslimah Solehah tidak dipandang dan juga memandang (Saidina Aisyah). tidak sedikit pun mereka membuka ruang hati mereka untuk cinta si manusia melainkan dengan izin Allah. cinta mereka pada Allah tiada berbelah bahagi.

Allah ya Rahim~ bibir yang sentiasa dibasahi dengan zikir. hati yang sentiasa mengagungkan kebesaran Allah. itulah pengisi masa lapang bagi Muslimah Solehah. biar kisah artis sepanas goreng pisang. walau alkisah rumahtangga cik kiah sehangat kopi o, bukan itu yang dipilih Muslimah Solehah untuk dijadikan bahan bualan di bawah pokok mangga. kata-katanya sentiasa dijaga. hatinya sentiasa bersifat husnuzon :)

Allahu Allah~ benar, istimewa si Muslimah Solehah. mahal di mata Allah. mahal di mata manusia. itu pegangan mereka. sujudnya mereka kerana cintakan Allah. tunduknya wajah mereka menghiasi peribadi. labuhnya pakaian mereka mengindahkan akhlak. tinggi nilai mereka di mata Allah. sehingga dicemburui bidadari Syurga. istimewa mereka di mata manusia. sehingga diimpikan lelaki soleh. diri mereka dikagumi. peribadi mereka dicontohi. akhlak mereka dipuji. sungguh, hana cemburu lihat mereka :') bukan kata pujian mahupun sanjungan yang kuharapkan. tapi, akhlak itu yang kuimpikan. kemanisan iman itu yang kudambakan T_T

Astaghfirullah~ terasa kerdil diri ini jika dibandingkan dengan mereka. terasa kecil diri ini di mata Allah. terasa hina diri ini di sisi Allah. terlalu jauh rasanya diri ini dengan Allah. melihatkan amalan-amalan mereka, belum cukup rasanya amalku untuk layak digelar sedemikian. Allah Allah T_T kuatkan Imanku. teguhkan hatiku. tajamkan akalku. untukku tegar mengejar gelaran Muslimah Solehah. KAU kekuatanku ya Allah. kuserahkan diri ini sepenuhnya padaMu Allah. indah perjalanan yang DIA ciptakan. indahnya Hidayah Allah. hanya Allah di Hati :')

# sahabat yang hana sayangi, indahnya seorang Muslimah Solehah. mari sama-sama kita usaha kejar dan pegang gelaran tu. hana mohon doa sahabat-sahabat untuk hana. doakan hana mampu bergelar Muslimah Solehah. semoga Allah merahmati sahabat sekalian. Amin :')


Monday, July 30, 2012

Ramadhan dan Hati IBU :')

Alhamdulillah. 10 hari sudah berlalu Ramadhan. semoga 10 hari ini memberi 1000 keberkatan dalam diri ini. bulan yang mulia ini kulalui dengan penuh ketenangan dan kegembiraan. berpuasa bersama keluarga tersayang membuatkan Ramadhan terasa sangat terisi. bersahur awal pagi. memenuhi masa siang bersama. berbuka tika azan maghrib berkumandang. terawih di malam hari. Subanallah ! indah sungguh rasa ini. Alhamdulillah yang tidak terhingga ku ucapkan pada Mu Allah. sungguh, kuharap Ramadhan yang panjang. 

Ramadhan kali ini ku berikrar pada diri untuk menghabiskan 30 juzuk Al-Quran. insyaAllah. Allah, berilah daku kekuatan untuk meningkatkan amalku di Ramadhan kali ini. Allahurobbi, terasa Ramadhan2 yang lepas ku biarkan berlalu tanpa amal yang mantap. Allah, jahilnya diri ini :'( akan ku tebus segala kekurangan dulu pada Ramadhan tahun ini. 

Tiada yang mustahil dengan izin Allah. Ramadhan, bulan penuh berkat. di dalamnya terdapat 1001 kelebihan dan keajaiban. berdoalah sepanjang bulan Ramadhan. sesungguhnya ia termasuk di antara waktu mustajab berdoa. dimana, Allah mengabulkan segala doa hambaNya. subahanallah, baik sungguh Allah. memberi kita satu bulan yang menjadi tempoh kita menambah amal yang serba kekurangan. bulan yang memberi kita peluang untuk bertaubat dan menebus segala dosa. bulan yang terdapatnya malam Lailatulqadar, malam yang dinanti oleh semua penduduk langit :')

ku mengharapkan 20 hari Ramadhan mendatang dapat mengisi segala kekosongan hati yang berbaki.

pagi 10 Ramadhan mama meluahkan rasa hatinya pada ku. Allahurobbi, sudut hati kecilku terasa sayu dan sedih terhadap apa yang mama rasakan dan pendam di hatinya. sungguh, hati seorang ibu itu lembut. sejahat mana perilaku anak, masih ada rasa simpati di hati ibu jika kesusahan yang menerpa anak. rasa itu sangat ikhlas dipamerkan. Allah~ T_T 

walau arang yang dicampak ke mama, mama tetap menadahnya dengan kain putih. sangat menjaga segala kata-katanya, bimbang Allah murka terhadap anaknya. kata-kata ibu itu satu doa. jangan buat dia tawar hati dengan kita, kelak tidak cium bau syurga. sesungguhnya syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

walau kata cemuh yang mama dapat, mama tetap memikirkan makan, pakai si anak. tak pernah sesaat pun mama lupa pada si anak. tiada rasa berat sebelah mama terhadap anak-anaknya. kasih yang sama. sayang yang sama. perhatian yang sama. tangan yang sama membelai sejak anak-anaknya masih lagi kecil. 

walau pandangan serong yang mama terima, baik buruk si anak tetap mama terima dengan redha. hanya doa yang mampu mama panjatkan. hanya pada Allah mama serah segala harapan. harapan agar si anak berubah. doa tak pernah lekang dari bibir mama khusus untuk si anak. doa agar si anak kembali kenal Allah yang Maha Besar. 

mama tak harap lebih. hanya sekadar si anak sedar tanggungjawabnya menunaikan perintah wajib terhadap Allah s.w.t, tak banyak sedikit, ringan beban keresahan hati mama. sesuatu yang mama harap sejak anaknya masih lagi kecil dan baru mengenal hidup. agar Allah sentiasa di hati.

namun, di manakah silap dan kurang didikan mama terhadap si anak ? mama mencari-cari apakah silapnya, dimanakah kurangnya hingga si anak membalasnya sebegitu. mama mengharapkan yang terbaik dari si anak. tapi, arang yang si anak beri. remuk, luluh, hancur hati mama menerimanya. namun, tetap teguh di genggaman. 

duhai si anak, sedarlah, hati mama sedang menangis keranamu. bangunlah dari lenamu mengejar dunia yang penuh kepura-puraan. berubahlah. bahagiakanlah hati mama. buatlah dia tersenyum keranamu. entah sampai bila je kita mampu menatap senyuman manis mama. entah sampai bila je kita diberi peluang menatap wajah kasih mama. entah sampai bila je Allah beri pinjam mama pada kita. Allah Allah Allah. 

gunakanlah masa yang sekejap ini untuk membuat hati mama senang. baki masa yang kita ada untuk mama ni tak setanding dengan masa yang mama dah korbankan untuk kita anak-anaknya. terlalu banyak. takkan mampu kita balas walau sampai akhir nyawa. bersyukurlah, Allah beri pinjam mama yang cukup sempurna bagi kita. yang dah melabur seluruh hatinya mendidik kita menjadi pembuka pintu syurga untuknya. itulah harapan mama sebenarnya. mendapat anak-anak soleh dan solehah yang manjadi penarik mama ke syurga Allah. yang mendoakan kesejahteraan mama di sana kelak. 

Allahurobbi.




ya Allah, Engkaulah yang maha melihatnya (mengetahui keadaan ibuku).
jika Kau melihat ibuku dalam keadaan berdosa, maka ampunkanlah dosanya.
jika Kau melihatnya dalam keadaan bersedih, maka gembirakanlah hatinya.
jika Kau melihatnya dalam keadaan gembira, maka sempurnakanlah kegembiraannya.
jika dia sakit, maka sembuhkanlah (sakit)nya.
jika dia gelisah/bimbang, maka jauhkanlah kegelisahan/kebimbangannya.
jika dia letih, maka sampaikan berita gembira kepadanya tentang ganjaran yang sangat besar.


SAYANG MAMA :')

Saturday, June 23, 2012

study week vs. revision week :)

bismillahirrohmannirrahim. lame da xupdate blog ni. sunyi tanpa kata-kata. hehe. bila bicara tu perak, maka diam adalah emas. *xtau pe kaitan*

ok lah, disebabkan sem 4 da hampir nk berlalu pergi, hana nk cite sepintas lalu dan bagai angin lalu pasal sem 4 ni. dari awal sem sampai sekarang *bajet ingat plak cite awl2 tu*. sepanjang hampir 4 bulan berlalu macam2 sebenarnye yg hana da lalui sepanjang sem ni. ada yang berbentuk ujian, tak kurang juga yg mewarna-warnikan hidup hana. memang sem ni agak busy skit. busy ngan kelas, projek, report, presentation n tak lupa juga ngan program2 dan event2 yg ada, dari awal sem sampai ujung sem. susah nk crk mase free *mse free tuk fb ada plak =_="* klu nk senaraikan xlarat. tak larat nk igt blk sbnrnye. da lupe. ngeee. tp, bile dikira-kira blk sem ni hana ada 7 subjek. ini bermakna hana ada 7 projek, 6 report, dan 4 pesentation. yeah, tahniah untuk saya ! T_T tp, Alhamdulillah, sume da berakhir dan selesai dengan jayanya. insyaAllah.

time kasih tuk sume kawan2 yang sudi jd team mate hana. korang memang best dan baek ! tp hana lagi comel *tetibe* ^_^ and sekarang tunggu nak final payyyperrr je. haha. *sempat pulak blog bagai* =_=" takpe la, nk update psl sem ni je. lepasni kite~




ok. memang, memang macam2 yg hana da lalui sepanjang satu sem ni. dan sume yang berlaku tu adalah ketentuan Allah. dan hikmah disebaliknya menjadi rahsia Allah. tapi hana yakin apa yg Dia aturkan adalah yg terbaik. dan hana bersyukur dikurniakan ujian yg bermacam-macam. coz hana tau Allah nk hana muhasabah diri dan semua ni mungkin petunjuk buat hana. petunjuk untuk hana lebih dekat dgn Dia. Allahuakbar. Allah sayagkan hana. sebab tu Dia bagi ujian yg macam2. bukan ujian je Allah bagi, tapi Allah hantar orang2 yg baik2 sekeliling hana sebagai medium tuk hana lebih istiqomah dan berjuang dijalanNya. Subahanallah.

Alhamdulillah. sepanjang sem ni byk benda yg berlaku yg menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah. cuma diri sendiri, sama ada sedar ataupun tak. akui ataupun tak. hana rase hana bertuah sangat dapat jejak di bumi UiTM shah alam ni. kat sini da terlalu banyak jalan yang Allah bukakan untuk hana ke arah perubahan yang lebih baik dan lebih baik. sentiasa ada ruang untuk hana mengisi rohani. moga daku istiqomah.

di sini juga hana belajar erti dakwah sebenar. tak banyak, sedikit hana menyumbang dalam usaha dakwah di bumi uitm ni. mule2 dulu memang hana tak yakin layak tuk berdakwah kat org lain. tapi, Allah kurniakan orang2 yang baik yang memberi keyakinan kat hana bahawa sume org xterkecuali dalam menyebarkan dakwah. tertangkap dan tersemat di hati dengan kata2 seorang kakak, 'bilamana seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah dan lailahaillallah, maka wajib ke atas dia untuk menyebarkan dakwah' only then, baru hana sedar sume orang layak berdakwah as long apa yg di dakwah tu btol pd tempatnye dan sesuai dengan keadaannya. tapi, akhlak kena jaga baru apa yang di dakwah tu dpt diterima org lain.

serius, rasa puas hati bila dapat buat something untuk Islam. itulah fitrah kita sebagai manusia. sentiasa sukakan kebaikan. should be like that la. insyaAllah. Alhamdulillah, kat uitm shah alam ni ada satu kumpulan yg bergerak dalam urusan menyebarkan dakwah. itulah dia SKUAD PENYAYANG ! *macam power rangers plak* syukuuurrr ! hehe. so, melalui ni la hana menyalurkan usaha dakwah hana. Skuad Penyayang ni sbnrnye under PERSATUAN MAHASISWA HADHARI. persatuan ni memang hana da kenal sejak first sem hana masuk sini. banyak sangat program yang mereka jalankan dalam masa yg sama menarik anak2 muda mendalami Islam. tahniah PMH ! ^_^

melalui persatuan ni juga hana dapat membina ukhuwah yang sebenar-benar ukhuwah. kuat dan kerana Allah. Alhamdulillah. persatuan ni banyak buat aktiviti yg sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah. boleh dikatakan setiap minggu akan ada pengisian rohani. ye la, rohani kita lapar jugak kan. nak makan. heeee. setiap minggu every monday and thursday ada iftar kat masjid. disamping dapat mengeratkan silaturrahim, secara tak langsung dapat jugak mengeratkan hati dengan masjid :) hana tgk dengan iftar ni bole menarik sahabat2 yg jarang ke masjid untuk sesame join skali. kan dapat tambah kenalan ^_^ semoga istiqomah.

yup, tahniah skali lagi untuk PMH yang menjadi penegak Islam di bumi uitm. majulah Islam untuk umat Islam ! yeahh ! :D errrkk. tetibe terasa rindu plak kat SP. huhu. syukuuuurrrr ! heheh. SP baru je tamat khamis aritu. tapi, tuk sem ni la. tak sabar nak tunggu SP sem depan. moga Allah permudahkan.

ok, bahagian tu semua dah selesai. tinggal tunggu nak exam je. dari 30 jun sampai 14 julai. moga dipermudahkan jugak. moga cemerlang milikku sem ni. amin, insyaAllah :)

hemm, tu je lah cite yg hana nak kongsi setakat ni kot. errr, apa ? apa kaitan title post dengan entry ? yup, memang takde kene mengena pon. alahaiii ^^"

*syukuuurrrr. Alhamdulillah !* ^_^

Sunday, January 8, 2012

sekilas di Syurga ^_^

------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ummi di dalam dapur.

Ahmad: Assalamualaikum!

Ummi: Waalaikumussalam warahmatullah. Nape lame sangat?

Ahmad: Sorry, Ummi. Tak jumpa minyak masak kat kedai depan tu, tokeh kedai kata dah habis. So Ahmad kena pegi kat kedai yang satu lagi. Jauh skit.

Ummi: Takpe. Bagi Ummi minyak tu.

Ahmad hulurkan minyak masak kepada Ummi.

Ahmad: Ummi, ada apa yang Ahmad boleh tolong?

Ummi: Hmm...tolong potong sayur-sayur ni. Nah, letak kat bakul kecik ni.

Ahmad: Okeh.

Mereka berdua sibuk dengan kerja masing-masing. Tiba-tiba Ahmad terdengar Ummi seakan-akan menangis. Tak kelihatan pula Ummi sedang memotong bawang.

Ahmad: Ummi? Ummi OK ke?

Ummi: Oh, takde pape. Ummi teringatkan Lia. Selalunya dia yang tolong Ummi kat dapur. Dah kahwin dah anak Ummi.

Ahmad: Ahmad ada lagi, Ummi.

Ummi mencubit pipi Ahmad. Senyuman di bibir.

Ummi: Ahmad pun tak lama lagi kan?

Ahmad: Don't worry, Ummi. Ahmad ni tak la laku sangat. Takda pompuan yang nak. Nampak gayanya Ahmad kena tinggal ngan Ummi sampai tua la.

Ummi: Ish, budak ni!

Mereka ketawa. Kemudian mereka sambung dengan kerja masing-masing. Ahmad perasan yang Ummi masih lagi dalam kesedihan. Ahmad terfikirkan satu idea.

Ahmad: Ummi?

Ummi: Yes?

Ahmad: Ahmad terasa macam nak pegi syurga kejap la.

Ummi: Bagus la tu....eh? Nak pegi syurga "kejap"?

Ahmad: Ye, kejap je. Pastu Ahmad nak datang sini balik. You know what, Ahmad nak pegi skang la.

Ummi: Hah? Buang tebia......

Lalu Ahmad memeluk Ummi.

Ahmad: I changed my mind la. Nak stay lama skit boleh?

Ummi senyum.

----------