Sunday, June 16, 2013

Cinta A versus Cinta M

11.52 am…

“Salam enti.. ana ganggu ke? Ana nak tanya soalan boleh??


1.16 pm..

“Enti nak tanya apa td?”


“pernah tak enti mngalami situasi dimana enti SANGAT disayangi oleh seseorang… ana bagi nama A.. Segala kebahagiaan adalah datang dr A.. Namun enti tak dapat menyayangi A sepenuhnya.. cuba.. tapi masih tak dapat.sedangkan enti tahu yg A sntiasa menanti enti, memerhatikan enti dan enti pula terlalu menyayangi M.. Enti memuji, meluahkan cinta tentang M tanpa enti sedari yang A sedang mendengar tiap butir bicara itu.. setiap hari, A memanggil enti, rindu kepada enti, tp enti masih tak dapat nak merasa rindu kepada A sperti enti merindui M.. Sedangkan A boleh melakukan sesuatu yang membuatkan enti rindu padanya, tp A tak lakukan itu.. A hanya biarkan enti terus mencintai M dan A terus membahagiakan enti walau enti jarang berkorban untuk A..”

“tapi.. enti tahu yg enti perlu mencintai A kerana selama ini enti hidup di atas belas ihsan A.. kadang2 enti terpikir, apakah A akan terus ada untuk enti? Atau akan pergi suatu hari nanti.. tp enti tak mampu, tak dapat nak merasai manisnya bercinta dgn A.. sedangkan kalau dgn M ataupun terfikirkan M, sampai boleh menitis air mata.. tp jarang enti menangis andai itu berkaitan dgn A. enti jadi keliru dgn hati sendiri.. kalau boleh, enti mahu supaya dihilangkan semua kasih dan cinta pada M, agar dpt mencintai A, walaupun sedikit..enti ingin merindui A seperti mana enti rindukan M dulu.. tapi enti tak mampu.. sedangkan A akan terus menunggu.. Kadang2 enti lakukan sesuatu untuk A, tapi hati enti tetap teringatkan M.. Sedangkan A tahu semua tu.. pernahkan enti rasa begitu?”


“x pernah…..”


Tak pernah? Itu yg berlaku pada ana dan akhirnya A dapat menjadikan ana cinta padanya.. dan ana asyik teringatkan A dan ia sangat berbeza tatkala ana memikirkan M dulu.. A SEDANG MEMANGGIL ANA DAN RINDU PADA ANA.. ANA PERGI JUMPA A DULU.. NANTI KITA SAMBUNG…


“ Ya Allah… sematkan kasih dan sayang manusia ke atas aku… namun, untukku, aku minta dengan rendah hatinya agar disematkan cinta kepadaMU walaupun sedikit..” “doa yang sama untuk beberapa tahun, tapi hanya cinta manusia yang datang.. tapi.. kita perlu bersabar.. jangan mendesak…


setiap kali aku terkenangkan manusia dengan pantas aku menepis perasaan itu, bukan tidak suka tetapi mengapa jarang sekali aku merasa cinta pd YANG MENCIPTAKAN.. Ya.. pedihnya,…


“Ya Allah.. terasa diri sungguh hina mengapa terlalu sukar untuk aku menghadirkan rasa cinta dan rindu pada DIRIMU seperti mana aku menangis sayangkan manusia.. kenapa KAU titipkan sayangku pada hamba-hambaMU.. sedangkan KAU mampu tuk hadirkan rasa yang sama malah lebih lagi kepada DIRIMU.. Apakah, aku tidak layak untuk CINTA dan RINDU PADAMU? Aku rela,, KAU ambil segala cintaku pada manusia-manusia ini dan gantikan dgn sekelumit kasih padaMU.. Aku tahu Ya Allah.. Kau mendengar rintihanku…


“Hadirkan perasaan sedih.. bukan sedih yang dibuat-buat. Tapi sedih apabila mengenangkan yang Allah tahu taraf cinta kita padaNYA.. Selepas ini, kita akan merasa malu untuk memikirkan M= manusia.. Sebelum A yang memanggil kita pergi dahulu padaNya.. dulu ana tertunggu-tunggu masej dari M, tp sekarang ana tau hanya A yang setia menghubungi kita.. walau kadang2 kita tak balas pun masej rindu dari A.. Dia tetap memanggil kita.. kita rasa sakit bila, masej orang yang kita sayang, dia tak balas.. tapi kita tak pernah kan fikir perasaan A? sedangkan hakikatnya kita yang perlukan DIA…”


InsyaALLAH.. sentiasa putarkan pertanyaan ini dalam minda kita.. DEMI ALLAH.. , ana yakin selepas ini kita takkan sesak nafas kerana memikirkan M, tapi sesak nafas kerana rindu kepada A… Ana dikejut oleh A.. setiap hari tepat pukul 4.26 pagi.. betapa DIA rindukan ana hingga dipagi hari tatkala M yang ana cinta itu sedang tido.. A yang terus setia.. kadang-kadang ana tak pedulikan masej A tu.. dan ana tidur balik.. tp A kejut lagi ana pukul 5.. dua tiga kali.. akhirnya ana terfikirkan semua persoalan ini… YA ALLAH.. butanya mata hati selama ini.. tak tahu mana yang perlu disayangi..


Kadang-kadang untuk mendapat cinta manusia kita terabaikan cinta PADANYA.. Tapi kalau sudah mendapatkan CINTA ALLAH.. Cinta manusia takkan berkurang pun percayalah.. =)
Setiap kali melafazkan sayang pada manusia.. tak kiralah siapa pun mereka.. dengan rela hati suruh diri berkata “AKU LEBIH SAYANGKAN ALLAH DARI KAMU SEMUA.”


Katakan pada hati aku CINTA ILLAHI! ♥


Alhamdulillah… Syukran ya ukhti…..




Saturday, February 9, 2013

Bila Muslimah Jatuh Cinta

Hana bukanlah dokter cinta. Hana tak reti bicara tentang cinta. Hana takut untuk bercerita soal cinta. Tapi, inilah hakikatnya.

MUSLIMAH JATUH CINTA ?

Tiada yang aneh kerana mereka juga adalah manusia. Bukankah cinta adalah fitrah manusia ? Tak bolehkah muslimah jatuh cinta ? Mereka juga punya hati dan rasa.

Tapi tahukah kalian betapa berbezanya saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya ? Tiada senyum bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada buncah suka dan gembira di dada.

Namun yang berlaku adalah sebaliknya !

Ketika muslimah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat atas sebuah hijab yang tersingkap.

Ketika lelaki yang tidak halal baginya mula bergelayut dalam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta sebenar-benarnya tidak suci lagi.

Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang perit atas sebuah rasa yang tak sepatutnya.

Tiada senyum bahagia, tiada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cintaNya yang ternoda. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika muslimah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut.

Tiada kata-kata cinta dan rayuan, yang ada hanyalah kekhuatiran yang amat sangat akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh.

Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu walaubagaimanapun caranya. Bahkan jikalau dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan.

Alangkah kasihannya jika muslimah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan !

Namun ukhti, bersabarlah. Ini ujian dari Rabbmu. BerMujahadahlah !

Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap.

Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya.

Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Jangan khuatir kau akan kehilangan cintanya kerana bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tak menghendakinya maka tak akan pernah kalian bersatu. Kun Fayakun.

Hakikatnya, bukanlah indah bagi seorang muslimah tatkala hatinya terusik dengan permainan cinta. Tiada kata kebanggaan. Tiada gelak tawa kegembiraan. Tiada lompatan kegirangan. Tiada jeritan keterujaan. Tiada tiada. Yang ada cumalah ketakutan. kerisauan. Bimbang dirinya akan hanyut dengan perasaan sendiri. Khuatir dirinya akan jauh dari redha Allah. Bahkan gusar dirinya menjadi fitnah bagi lelaki. Gelisah, tak sanggup dirinya menjadi punca yang membawa lelaki hanyut bersama permainan cinta. Allahurobbi. :'(

Ukhti, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik saja. Yakinlah dengan janji Allah. :) 

Mengambil petikan kata-kata seorang sahabat. *pinjam ye ;)* 
"Biarkan cinta itu yang bertasbih, bukan kita yang bertasbihkan cinta."

Bila tiba saatnya. Bila tiba minitnya. Bila tiba jamnya. Akan bertasbihlah cinta itu. Jika benar cinta itu datang daripada Allah, maka yang berhak menerima cinta itu kembali adalah Allah jua. Cinta adalah anugerah Allah. Cintailah Dia, Pemberi cinta itu. ^_^




Di saat diriku jatuh cinta, tidak sesekali ku kutip cinta itu untuk diserahkan pada kamu.
Tapi, akan ku kutip cinta itu untuk diserahkan pada Allah kembali.
Kerana, Allah yang menganugerahkan rasa itu.
Jadi, Dia lah yang paling berhak untuk memiliki cinta itu. 

*Sungguh, kata-kata ini untuk Hana dulu. Dan sahabat-sahabat pula. :)*