Saturday, June 23, 2012

study week vs. revision week :)

bismillahirrohmannirrahim. lame da xupdate blog ni. sunyi tanpa kata-kata. hehe. bila bicara tu perak, maka diam adalah emas. *xtau pe kaitan*

ok lah, disebabkan sem 4 da hampir nk berlalu pergi, hana nk cite sepintas lalu dan bagai angin lalu pasal sem 4 ni. dari awal sem sampai sekarang *bajet ingat plak cite awl2 tu*. sepanjang hampir 4 bulan berlalu macam2 sebenarnye yg hana da lalui sepanjang sem ni. ada yang berbentuk ujian, tak kurang juga yg mewarna-warnikan hidup hana. memang sem ni agak busy skit. busy ngan kelas, projek, report, presentation n tak lupa juga ngan program2 dan event2 yg ada, dari awal sem sampai ujung sem. susah nk crk mase free *mse free tuk fb ada plak =_="* klu nk senaraikan xlarat. tak larat nk igt blk sbnrnye. da lupe. ngeee. tp, bile dikira-kira blk sem ni hana ada 7 subjek. ini bermakna hana ada 7 projek, 6 report, dan 4 pesentation. yeah, tahniah untuk saya ! T_T tp, Alhamdulillah, sume da berakhir dan selesai dengan jayanya. insyaAllah.

time kasih tuk sume kawan2 yang sudi jd team mate hana. korang memang best dan baek ! tp hana lagi comel *tetibe* ^_^ and sekarang tunggu nak final payyyperrr je. haha. *sempat pulak blog bagai* =_=" takpe la, nk update psl sem ni je. lepasni kite~




ok. memang, memang macam2 yg hana da lalui sepanjang satu sem ni. dan sume yang berlaku tu adalah ketentuan Allah. dan hikmah disebaliknya menjadi rahsia Allah. tapi hana yakin apa yg Dia aturkan adalah yg terbaik. dan hana bersyukur dikurniakan ujian yg bermacam-macam. coz hana tau Allah nk hana muhasabah diri dan semua ni mungkin petunjuk buat hana. petunjuk untuk hana lebih dekat dgn Dia. Allahuakbar. Allah sayagkan hana. sebab tu Dia bagi ujian yg macam2. bukan ujian je Allah bagi, tapi Allah hantar orang2 yg baik2 sekeliling hana sebagai medium tuk hana lebih istiqomah dan berjuang dijalanNya. Subahanallah.

Alhamdulillah. sepanjang sem ni byk benda yg berlaku yg menunjukkan betapa besarnya kuasa Allah. cuma diri sendiri, sama ada sedar ataupun tak. akui ataupun tak. hana rase hana bertuah sangat dapat jejak di bumi UiTM shah alam ni. kat sini da terlalu banyak jalan yang Allah bukakan untuk hana ke arah perubahan yang lebih baik dan lebih baik. sentiasa ada ruang untuk hana mengisi rohani. moga daku istiqomah.

di sini juga hana belajar erti dakwah sebenar. tak banyak, sedikit hana menyumbang dalam usaha dakwah di bumi uitm ni. mule2 dulu memang hana tak yakin layak tuk berdakwah kat org lain. tapi, Allah kurniakan orang2 yang baik yang memberi keyakinan kat hana bahawa sume org xterkecuali dalam menyebarkan dakwah. tertangkap dan tersemat di hati dengan kata2 seorang kakak, 'bilamana seseorang itu mengucap dua kalimah syahadah dan lailahaillallah, maka wajib ke atas dia untuk menyebarkan dakwah' only then, baru hana sedar sume orang layak berdakwah as long apa yg di dakwah tu btol pd tempatnye dan sesuai dengan keadaannya. tapi, akhlak kena jaga baru apa yang di dakwah tu dpt diterima org lain.

serius, rasa puas hati bila dapat buat something untuk Islam. itulah fitrah kita sebagai manusia. sentiasa sukakan kebaikan. should be like that la. insyaAllah. Alhamdulillah, kat uitm shah alam ni ada satu kumpulan yg bergerak dalam urusan menyebarkan dakwah. itulah dia SKUAD PENYAYANG ! *macam power rangers plak* syukuuurrr ! hehe. so, melalui ni la hana menyalurkan usaha dakwah hana. Skuad Penyayang ni sbnrnye under PERSATUAN MAHASISWA HADHARI. persatuan ni memang hana da kenal sejak first sem hana masuk sini. banyak sangat program yang mereka jalankan dalam masa yg sama menarik anak2 muda mendalami Islam. tahniah PMH ! ^_^

melalui persatuan ni juga hana dapat membina ukhuwah yang sebenar-benar ukhuwah. kuat dan kerana Allah. Alhamdulillah. persatuan ni banyak buat aktiviti yg sentiasa mendekatkan diri kita dengan Allah. boleh dikatakan setiap minggu akan ada pengisian rohani. ye la, rohani kita lapar jugak kan. nak makan. heeee. setiap minggu every monday and thursday ada iftar kat masjid. disamping dapat mengeratkan silaturrahim, secara tak langsung dapat jugak mengeratkan hati dengan masjid :) hana tgk dengan iftar ni bole menarik sahabat2 yg jarang ke masjid untuk sesame join skali. kan dapat tambah kenalan ^_^ semoga istiqomah.

yup, tahniah skali lagi untuk PMH yang menjadi penegak Islam di bumi uitm. majulah Islam untuk umat Islam ! yeahh ! :D errrkk. tetibe terasa rindu plak kat SP. huhu. syukuuuurrrr ! heheh. SP baru je tamat khamis aritu. tapi, tuk sem ni la. tak sabar nak tunggu SP sem depan. moga Allah permudahkan.

ok, bahagian tu semua dah selesai. tinggal tunggu nak exam je. dari 30 jun sampai 14 julai. moga dipermudahkan jugak. moga cemerlang milikku sem ni. amin, insyaAllah :)

hemm, tu je lah cite yg hana nak kongsi setakat ni kot. errr, apa ? apa kaitan title post dengan entry ? yup, memang takde kene mengena pon. alahaiii ^^"

*syukuuurrrr. Alhamdulillah !* ^_^